Hilux didapati masuk laluan bertentangan – Polis

Dari Penulis

SIASATAN awal polis mendapati, trak pikap jenis Toyota Hilux telah hilang kawalan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga yang maut dalam satu kemalangan di Kilometer 62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata akibat hilang kawalan, Toyota Hilux itu telah masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik.

“Impak dari kemalangan itu menyebabkan pemandu dan empat penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Toyota Hilux yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat petang semalam./Gambar Bomba Perak

Baca: Kanak-kanak lima tahun antara lima maut nahas di Gerik

Memetik laporan Bernama, Mior Faridalathrash berkata, pemandu termasuk empat penumpang Toyota Hilux yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Jeli, Kelantan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihtkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta merancang perjalanan serta mendapatkan rehat yang secukupnya ketika ingin melakukan perjalanan yang jauh.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Khomaini Baba, 32, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, Mohamad Rodhi Othman, 64, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This