GANGGUAN bekalan elektrik yang melanda Lembah Klang sejak tengah hari tadi dikesan berpunca daripada kerosakan pencawang di Yong Peng, Johor.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam hantaran di Facebook memaklumkan salah satu peralatan di pencawang masuk utama (PMU), utara Yong Peng bermula sejak pukul 12.39 tengah hari tadi.
Menurut TNB, kerosakan itu telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di seluruh semenanjung.
Bagaimanapun, syarikat itu memberitahu, bekalan elektrik di semua kawasan terjejas telah pulih sepenuhnya pada pukul 3.02 petang tadi.
“Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.
Baca artikel berkaitan: Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang alami gangguan elektrik
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” kata TNB dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, UtusanTV melaporkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang berada dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik di situ mengalami gangguan.
Antara kawasan yang terjejas adalah Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway.
Difahamkan, masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat di Lembah Klang.
Laporan turut mendakwa gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

