BEBERAPA kawasan di sekitar Lembah Klang berada dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik di situ mengalami gangguan.
Antara kawasan yang terjejas adalah Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway.
Difahamkan, masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat di Lembah Klang.
Laporan turut mendakwa gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.
Baca artikel berkaitan: TNB komited rapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat
Dalam pada itu, TNB Careline mengesahkan kejadian gangguan bekalan elektrik.
Jelas TNB Careline, pasukan teknikal sedang mengenalpasti punca kejadian tersebut.
”Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

