Siasat akaun keluarga, kroni ahli politik lompat parti – MCW

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) mahu pihak berkuasa menyiasat akaun bank keluarga dan kroni ahli politik yang telah melompat parti susulan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Lompat Parti.

Preisden MCW, Jais Abdul Karim menegaskan, perkara tersebut penting kerana kemungkinan besar keluarga dan kroni ahli politik berkenaan turut bersubahat atau dieksploitasi.

Beliau berkata, MCW turut bimbang tindakan melompat parti itu biasanya akan melibatkan hal berkaitan kewangan sama ada imbuhan atau jawatan tertentu.

Menurut Jais, MCW tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan melompat parti itu merupakan protes terhadap kepemimpinan parti yang terlihat lemah kerana politik wang atau rasuah serta salah guna kuasa yang terus berlaku.

Namun begitu, beliau menegaskan, ahli politik terbabit sewajarnya menyelesaikan hal itu di peringkat dalaman dan bukannya melompat parti.

“Kami sedar politik adalah satu ‘permainan’ namun mendesak agar ahli Parlimen tersebut terus pertahankan integriti masing-masing demi rakyat yang memilih mereka.

“Akhirnya, kami mendesak kerajaan menyegerakan RUU ini demi memastikan perkara ini dapat dikendalikan secara telus, bersistem dan melindungi kepentingan rakyat serta mampu menenangkan dan memuaskan hati rakyat yang sedang kebingungan ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM harap RUU Anti Lompat Parti disokong ahli-ahli Dewan Rakyat

RUU Larangan Lompat Parti telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Perbahasan bagi RUU itu disambung bagi hari kedua hari ini sebelum tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian.

RUU berkenaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Seramai 41 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian pada perbahasan RUU itu semalam.

Mengulas lanjut, Jais menegaskan ahli Parlimen yang telah memenangi kawasan masing-masing atas tiket parti yang ditandingi mesti mempunyai integriti dan maruah tinggi.

“Mereka mesti teguh bersama amanah yang diberikan rakyat berdasarkan kepada ideologi parti yang mereka wakili semasa pilihan raya.

“Rakyat dapat melihat hubung kait yang jelas bahawasanya perbuatan ini ada kaitannya dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ia perlu dibuktikan pihak berkuasa serta pihak lain yang berkepentingan dan tertindas,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This