DUTA Perpaduan Johor 2022 dan golongan belia digesa untuk turun ke akar umbi untuk terlibat sama memajukan agenda pembangunan negeri tersebut.
Itu saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mahu Duta Perpaduan Johor bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan yang konstruktif.
Menurut Onn Hafiz, pelbagai cadangan itu juga demi masa hadapan golongan belia.
“Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu dengan 200 anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor 2022. Tahniah dan syabas saya ucapkan.
“Pastikan rakan-rakan anda turut terlibat dalam memajukan agenda pembangunan negeri Johor.
Baca artikel berkaitan: Hasil perbincangan cuti hujung minggu dipersembah kepada Sultan Johor
Onn Hafiz nafi beli kasut mahal, ia kurniaan Sultan Johor
“Saya akan sentiasa bersama anda semua dalam setiap langkah yang diambil,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz turut menaruh keyakinan bahawa kesemua Duta Perpaduan itu mendukung semangat dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa hadapan lebih cerah kepada negeri Johor.
“Percayalah, jatuh bangunnya negeri Johor terletak di bahu anak muda.
“Negeri ini tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi di mana barisan pemimpin pelapisnya tidak sehaluan apatah lagi tidak berpandangan antara satu sama lain,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

