Pas patut ‘berkawan’ dengan UMNO, strategi Hadi kerjasama Bersatu tak untung

Dari Penulis

SEORANG bekas pemimpin Pas menyifatkan tindakan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai tidak menguntungkan.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali turut mengatakan strategi Pas ‘berkawan’ dengan Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu kesilapan.

Sebaliknya, Mohd. Khairuddin berkata, Pas sepatutnya ‘berkawan’ dengan UMNO, bukan Bersatu yang dilihat sebagai ‘parti kecil’ dan hanya bergantung kepada kekuatan orang lain.

“Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan Bersatu sebagai tonggak untuk dibuat muafakat (Muafakat Nasional) sedangkan yang sepatutnya dengan Umno.

“Saya yakin sekiranya presiden Pas mempertahankan hubungan dengan Umno, Bersatu pasti menurut kerana Bersatu parti kecil, dia bergantung kepada Pas.

“Itu hak tok guru (Abdul Hadi) sebagai presiden, saya berbeza dengan beliau dan dalam bab ini saya yakin bahawa strateginya tidak menguntungkan Pas,” katanya.

Mohd. Khairuddin menegaskan, kejayaan memperbaiki hubungan untuk ‘berkawan’ bersama UMNO yang telah lama berseteru dengan Pas sepatutnya dimanfaatkan dan dipertahankan Abdul Hadi.

Beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu turut mendedahkan sentimen berhubungan hubungan Pas dengan Bersatu itu juga dikongsi dengan beberapa pemimpin parti tersebut.

Baca artikel berkaitan: Penyatuan Melayu hanya terlaksana bila dipelopori UMNO, Pas

Namun begitu, beliau berkata, ramai yang memilih untuk bercakap ‘di belakang’ sahaja.

“Ada lagi lantang tetapi saya tak nak sebut nama, tetapi boleh lihat sendiri siapa yang bercakap dan ramai lagi bercakap…tetapi itu normal dalam parti.

“Mereka bercakap sebagai ahli parti secara dalaman dan bila buat keputusan mereka akur dengan keputusan parti, bila parti nak kepada Bersatu itu hak parti. Saya tak setuju, saya keluar dengan baik. Itu sahaja,” katanya.

14 Mac lalu, Mohd. Khairuddin mengumumkan pendiriannya keluar daripada Pas serta merta dan menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas 33 tahun bersama parti itu.

Beliau menjelaskan, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

Sebelum itu, beliau telah disingkirkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas ekoran masalah disiplin.

Pemecatan itu hadir hanya satu bulan selepas Mohd. Khairuddin dipecat selaku Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Mohd. Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 23 November lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This