Selepas JDT, Selangor FC pula kehilangan ketua jurulatih

Dari Penulis

KETUA Jurulatih Selangor FC Michael Feichtenbeiner hari ini melepaskan jawatannya yang telah digalas selama setengah musim.

Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu merupakan persetujuan bersama antara pihak pengurusan tertinggi kelab dan jurulatih kelahiran Jerman berusia 62 tahun itu.

Menurut kenyataan itu, Feichtenbeiner bagaimanapun akan terus kekal bersama Selangor bagi memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak 2020.

“Projek pembangunan bola sepak Selangor yang dimulakan Michael Feichtenbeiner sejak 2020 telah melahirkan ramai pemain muda yang mewakili pasukan utama Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

“Sehingga kini, seramai 19 pemain muda daripada pasukan feeder Selangor FC telah diserap ke pasukan utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi,” menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN JDT tetap garang walaupun ditinggalkan Mora, NS rampas kedudukan ketiga Liga Super

Selangor percaya projek pembangunan dikendalikan Feichtenbeiner wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab.

Feichtenbeiner dilantik selaku ketua jurulatih pada November tahun lepas menggantikan seorang lagi pengendali berasal dari Jerman, Karsten Neitzel dalam usaha Selangor memburu kejayaan pada musim 2022.

Sementara itu, skuad Gergasi Merah itu memaklumkan pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan akan membuat pengumuman lanjut selepas segala penelitian dibuat.

Tugas itu kini digalas pembantu ketua jurulatih Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama sebagai ketua jurulatih sementara bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Selangor yang berada pada tahap prestasi terumbang-ambing kini berada di tangga ketujuh Liga Super selepas mengumpul 16 mata daripada 13 perlawanan setakat ini manakala tersingkir di separuh akhir Piala FA kepada Terengganu FC, Sabtu lepas.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This