POLIS kini membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian cubaan meragut rantai milik seorang wanita di Taming Jaya, Balakong, pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa, seorang wanita India pada pukul 3.30 petang.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki menuju ke kereta Perodua Alza miliknya yang diparkir di bahu jalan.
“Tiba-tiba datang sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran tidak pasti yang ditunggang seorang lelaki cuba meragut rantai emas mangsa namun tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, kejadian tersebut telah dirakam oleh pemilik kamera papan pemuka yang kebetulan turut berada di lokasi kejadian.
Baca artikel berkaitan : Polis buru dua lelaki ragut beg tangan dalam restoran dekat Selayang Jaya
Jelasnya, hasil penelitian mendapati suspek yang menunggang motosikal berwarna biru telah cuba menarik rantai leher milik mangsa.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadiaan diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noorlaila Khairudin di talian 019-2299906.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

