Tangkap layar rakaman memaparkan aksi dua lelaki melarikan diri selepas meragut seorang wanita dalam restoran.

DUA lelaki diburu polis selepas meragut beg tangan seorang wanita di dalam sebuah restoran di Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, Batu Caves pada petang Sabtu lalu.

Rakaman kejadian ragut berdurasi 16 saat itu juga telah tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa seorang warga tempatan berusia 57 tahun.

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan dua orang lelaki diperayai warga tempatan dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

“Salah seorang suspek bertindak masuk ke dalam restoran lalu merampas beg tangan yang berada di atas paha mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal yang berada di luar restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Murid tahun satu maut dalam perjalanan ke sekolah

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan bagi mengesan suspek dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Katanya, saksi kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222 / 011-12300778 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram