SELEPAS akaun Telegram milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didapati digodam petang semalam, seorang ahli Jemaah Menteri turut memaklumkan menghadapi perkara serupa, malam tadi.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memaklumkan akaun Telegram miliknya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam ciapan di Twitter, Saifuddin memberitahu, pihak yang menggodam akaunnya itu telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi berkenaan.
“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam ciapan tersebut.
Petang semalam, Perdana Menteri dalam ciapan di Twitter memberitahu, akaun aplikasi Telegram peribadinya telah digodam.
Baca artikel berkaitan: Sistem SPIM TEKUN digodam, urusan dilakukan secara manual – Noh Omar
Dalam ciapan tersebut, Perdana Menteri meminta orang ramai mengabaikan mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej daripada akaun itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pula memaklumkan laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun Telegram serta Signal peribadi milik Perdana Menteri digodam.
Akaun Telegram dan Signal yang digodam itu dipercayai digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi aktiviti jenayah penipuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

