Nafi kahwin dengan suami sebab duit, kami bermula dari bawah

Dari Penulis

“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.”
 
Itu komen netizen yang ditujukan kepada usahawan yang juga penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Eriyca Baiduri di aplikasi TikTok hingga tular.
 
Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan kaya raya.

“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
 
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
 
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu,” katanya.
 
Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar pernigaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).
 
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Saya faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
 
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” jelasnya.


Terdahulu, Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
 
Hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan dan mendapat lebih 51,000 tanda suka serta lebih 1200 komen. Selain turut mencatatkan lebih 600 perkongsian semula.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This