Bas jemaah umrah bertembung lori, dua maut 18 lagi cedera

Dari Penulis

DUA jemaah umrah Oman terbunuh, manakala 18 lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas berhampiran Taif ketika dalam perjalanan ke Mekah.

Lapor Saudi Gazette, bas membawa jemaah umrah itu bertembung dengan sebuah lori di Lebuhraya Riyadh-Taif pada petang Rabu.

Menurut Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi di Mekah, pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan di lebuh raya Riyadh-Taif selepas Jambatan Nasayef menghala ke Taif.

Katanya, 11 anggota pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian dengan ambulans dan menjalankan misi menyelamat.

“Dua jemaah meninggal dunia di tempat kejadian manakala jemaah yang cedera dibawa ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, kedutaan Kesultanan Oman di Riyadh mengesahkan penyelarasan sedang dijalankan oleh Konsulat Jeneral Oman di Jeddah dan pihak berkuasa Saudi yang berkaitan untuk segera menyelesaikan prosedur penghantaran pulang jenazah ke negara itu.

Pada masa sama, pihak kedutaan akan memastikan rawatan dan perubatan terbaik untuk mangsa cedera.

Pihak Kedutaan Oman dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga jemaah yang meninggal dunia dan berharap mangsa yang cedera segera pulih.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This