تيڤق سيريه لامبڠ دان ترتيب اورڠ ملايو

Dari Penulis

ݢاليري نوسنتارا ايڤيسود 16

ڤد هاري اين, تيڤق سيريه هاڽ دݢوناکن دالم عادت استعادت ملايو سڤرتي ممينڠ دان اوڤاچارا ڤرکهوينن. بربيذا دڠن زمان دهولو, تيڤق سيريه بوکن سقدر کلڠکڤن اونتوق مڽيمڤن سيريه, تتاڤي جوݢ منچرمينکن عادت تراديسي بڠسا ملايو.

دهولو, تيڤق سيريه مماءينکن ڤرانن ڤنتيڠ دالم کهيدوڤن سهارين. کتيک ايت, مڠوڽه سيريه مروڤاکن ساتو بوداي سنتاي مڠيسي وقتو لاڤڠ دان ساله ساتو کومونيکاسي سوسيال دالم مشارکت. تيدق حيرانله اي منجادي ساله ساتو ڤرالتن يڠ واجب اونتوق منعمتي سيريه.

اي مروڤاکن سبواه بکس يڠ دڤربوات درڤد کايو, تمباݢ اتاو ڤيراق. تيڤق سيريه ترديري درڤد ببراڤ کومڤونن ياءيت بکس سيريه, چمبول, بوجم, ايڤوق, کاچيڤ, ݢوبيق, چلاڤا دان کتور. چمبول٢ اکن دأيسي دڠن ڤينڠ, ݢمبير, تمباکاو, چڠکيه دان کاڤور.

چمبول٢ اين ڤولا دسوسون مڠيکوت ڤراتورن يڠ تله دتتڤکن اوليه اورڠ٢ دهولو. اورڠ ملايو مناماکن تيڤق سيريه بربنتوق بوجور سباݢاي ’ڤوان‘ ماناکالا تيڤق سيريه بربنتوق امڤت سݢي بوجور دڤڠݢيل ’تيڤق‘.

داءون سيريه يڠ دسوسون دالم تيڤق اين هاروسله دليڤت برسيسيڤ انتارا ساتو سام لاءين دان دساماکن تڠکايڽ. سيريه يڠ برليڤت اين واجب دبوات سوڤاي تيدق ترليهت ايکور سيريه.

جک کليهتن ايکور سيريه, اي مننداکن کورڠ سوڤن دان تيدق مڠحرمتي تتامو. ترتيب مڽوسون ايسي تيڤق سيريه اين جوݢ ملامبڠکن اڤ يڠ ڤرلو ددهولوکن دان يڠ کمودين, دکمودينکن.

منوروت محمد انيس عبدالصمد, کوراتور موزيوم ايتنوݢرافي ملايو, اونيۏرسيتي ملايا, مڠوڽه سيريه ڤد زمان دهولو اداله ساتو کبياساءن تيدق کيرا للاکي دان ڤرمڤوان.

“سبب ايت زمان دهولو, رومه اورڠ٢ ملايو ميمڠ بياسا اد ڤرالتن تيڤق سيريه اين کران اي سڤرتي کݢوناءن هارين. اد يڠ دڤربوات درڤد کايو, ماناکالا يڠ دبوات درڤد تمباݢ سلالوڽ دݢوناکن اونتوق مجليس٢ عادت,” جلس محمد انيس.

تيڤق سيريه يڠ دبالوتي کاءين بلدو برتکت بنڠ امس ڤولا دݢوناکن دالم اوڤاچارا سڤرتي عادت مريسيق, ممينڠ دان برتونڠ. اي سباݢاي سيمبول ممولاکن ڤربوالن, سيمبول ڤرتاڽاءن, سيمبول ڤنريماءن, سيمبول ڤنولقن دان سيمبول ڤڽاتوان.

سماس زمان کسلطانن ملايو ملاک, دچريتاکن ڤهلاون هڠ تواه تله ممبريکن سڤياق سيريه ددالم تيڤق سيريه کڤوڽاءن سلطان محمود کڤد هڠ جبت سماس مريک برهنتي بريحت دالم ڤرتاروڠن, سبلوم هڠ تواه برجاي مرمڤس کريس تاميڠ ساري دري تاڠن هڠ جبت.

دزمان اول کسلطانن ملايو ڤيراق, ترداڤت دوا بواه تيڤق سيريه يڠ دڤربوات دري امس برنام ڤوان بوجور دان ڤوان ناݢ تارو يڠ تله دجاديکن سباݢاي الت کبسرن دراج کتيک ايت. تيڤق سيريه ايت ماسيه ترسيمڤن سباݢاي خرانه برهرݢ ايستان سلطان ڤيراق سهيڠݢ کيني.

 GALERI NUSANTARA 16

TEPAK SIRIH 

Lambang adab dan tertib orang Melayu

PADA hari ini, tepak sirih hanya digunakan dalam adat istiadat Melayu seperti meminang dan upacara perkahwinan. Berbeza dengan zaman dahulu, tepak sirih bukan sekadar kelengkapan untuk menyimpan sirih, tetapi juga mencerminkan adat tradisi bangsa Melayu.

Dahulu, tepak sirih memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ketika itu, mengunyah sirih merupakan satu budaya santai mengisi waktu lapang

dan salah satu komunikasi sosial dalam masyarakat. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu peralatan yang wajib untuk menikmati sirih. 

Ia merupakan sebuah bekas yang diperbuat daripada kayu, tembaga atau perak. Tepak sirih terdiri daripada beberapa komponan iaitu bekas sirih, cembul, bujam epok, kacip, gobek, celepa dan ketur. Cembul-cembul akan diisi dengan pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur.

Cembul-cembul ini pula disusun mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu. Orang Melayu menamakan tepak sirih berbentuk bujur sebagai ‘puan’ manakala tepak sirih berbentuk empat segi bujur dipanggil ‘tepak’.

Daun sirih yang disusun dalam dalam tepak ini haruslah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya. Sirih yang berlipat ini wajib dibuat supaya tidak terlihat ekor sirih.  

Jika kelihatan ekor sirih, ia menandakan kurang sopan dan tidak menghormati tetamu. Tertib menyusun isi tepak sirih ini juga melambangkan apa yang perlu didahulukan dan yang kemudian, dikemudiankan.

Menurut Mohammad Anis Abdul Samad, Kurator Muzium Etnografi Melayu, Universiti Malaya, mengunyah sirih pada zaman dahulu adalah satu kebiasaan tidak kira lelaki dan perempuan.

“Sebab itu zaman dulu, rumah orang-orang Melayu memang biasa ada peralatan tepak sirih ini kerana ia seperti kegunaan harian. Ada yang diperbuat daripada kayu, manakala yang dibuat daripada tembaga selalunya digunakan untuk majlis-majlis adat,” jelas Mohammad Anis.

  

Tepak sirih yang dibaluti kain baldu bertekat benang emas pula digunakan dalam upacara seperti adat merisik, meminang dan bertunang. Ia sebagai simbol memulakan perbualan, simbol pertanyaan, simbol penerimaan, simbol penolakan dan simbol penyatuan. 

Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, diceritakan pahlawan Hang Tuah telah memberikan sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud kepada Hang Jebat semasa mereka berhenti berehat dalam pertarungan, sebelum Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari dari tangan Hang Jebat. 

Di zaman awal Kesultanan Melayu Perak, terdapat dua buah tepak sirih yang diperbuat dari emas bernama Puan Bujur dan Puan Naga Taru yang telah dijadikan sebagai alat kebesaran diraja ketika itu. Tepak sirih itu masih tersimpan sebagai khazanah berharga istana Sultan Perak sehingga kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

سورة ڤاليڠ ڤينديق، تنتڠ سوڠاي دالم شرݢ

اوليه نيتا دهنينسماس ڤريستيوا اسراء دان معراج، رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا، “كتيک اكو برجالن مڠليليڠي شرݢ،...

More Articles Like This