Pembaca berita diserang strok ketika siaran langsung

Dari Penulis

SEORANG pembaca berita dari Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) diserang strok ringan ketika sedang bersiaran langsung di televisyen hujung minggu lalu.

Sebaik menyedari keadaannya itu, Julie Chin yang bekerja di stesen televisyen KJRH di Tulsa segera dikejarkan ke hospital berhampiran selepas berdepan kesukaran membaca berita menerusi telepanduan di hadapannya, pada Sabtu lalu.

Memetik laporan portal New York Post, Chin memberitahu, doktor memaklumkan dia mula diserang strok pada sebelah pagi Sabtu semasa sedang bersiaran langsung.

“Sebahagian penonton mungkin perasan sedikit kejanggalan namun saya minta maaf ia berlaku.

“Insiden itu nampaknya tidak menunjukkan sebarang petanda.Saya rasa bagus sebelum bersiaran.

“Pada awalnya, saya kehilangan penglihatan sebelah mata yang mula kabur selain tangan dan lengan mula terasa kebas.

“Saya mula sedar berada dalam masalah besar bila tiada perkataan dapat dilontarkan dari mulut,” katanya.

Ketika kejadian, Chin sedang melaporkan berita kegagalan NASA melancarkan roketnyahingga dia keliru dan mula mengulangi ayat yang sama.

Chin kini sedang dalam proses menerima rawatan memberitahu, dia bersyukur kerana kejadian itu disedari rakan sekerjanya yang pantas menghubungi ambulans.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This