Bahasa Melayu di pentas antarabangsa, PM ucap syabas kepada U-Wei

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata, pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

“Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow,” katanya.

Baca: Bahasa Melayu di persada global, kenapa ada kurang senang?

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu usaha martabat bahasa

U-Wei memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu sekali gus dilihat memartabatkan bahasa ibunda. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This