Dua lelaki tular curi kabel Telekom Malaysia diberkas polis

Dari Penulis

BIARPUN mempunyai 12 rekod lampau jenayah, dua lelaki didapati tidak serik apabila ditangkap mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad, di Kuching, Sarawak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun dengan rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah harta-benda berjaya ditahan pukul 9 malam.

Katanya, ini selepas kegiatan mereka dikesan menerusi video tular berdurasi 24 saat di media sosial Facebook semalam.

“Video berkenaan menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru dipercayai membawa kabel yang dicuri,” katanya dalam kenyataan.

Ashmon berkata, polis telah menerima laporan dari Telekom Malaysia Berhad berhubung kejadian curi kabel yang berlaku di tepi Jalan Keranji

Katanya, turut dirampas ialah kabel yang dicuri kedua-dua suspek.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This