STRATEGI Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang menambah baik sistem pendigitalan negara ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat untuk menyertai era masa depan tersebut, di samping mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

Manakan tidak, strategi itu selaras dengan peredaran semasa yang mana ekonomi ketika ini tertumpu kepada sektor pendigitalan.

Pelbagai inisiatif dilaksana MDEC sebelum ini dan terbaharu adalah melaksanakan satu inisiatif iaitu Kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE DAGANG ([email protected] DAGANG) yang bertujuan menggalakkan pembelian atas talian.

Kempen ini berlangsung dari September hingga Disember tahun ini dan kerajaan akan memberikan insentif seperti potongan harga, baucar diskaun, rebat dan baucar penghantaran kepada rakyat bagi mendorong lebih banyak pembelian secara dalam talian dari perniagaan dan produk tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kempen ini selari dengan aspirasi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, iaitu untuk menurunkan kadar inflasi dan harga makanan, terutamanya menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia dan juga disokong penuh oleh Kementerian Kewangan.

Melalui kerjasama bersama Rakan Platform Digital, kempen ini akan membolehkan rakyat berbelanja pada harga yang berpatutan dan tidak menekan mereka terutamanya barangan harian seperti produk keperluan asas dan runcit, makanan, dan perkakasan rumah yang boleh didapati dengan potongan diskaun sehingga 20 peratus.

“Kempen tahun ini juga akan membantu usahawan dalam sektor sasaran seperti produk-produk halal, hasil pertanian dan produk Buatan Malaysia,” kata Annuar.

Insentif-insentif yang ditawarkan melalui kempen ini boleh ditebus dari 17 Rakan Platform Digital yang terlibat termasuk platform tempatan seperti Bizapp, InstanteStore, Jocom, Kravve, Kumoten, Lokein.com, Maybank, Rtist, SiteGiant, Wonderfly dan juga platform luar negara seperti Fave, FoodPanda, Grab, Lazada, OYO Hospitality, Shopee, dan TikTok.

Selain itu, [email protected] DAGANG akan membantu usahawan yang mempunyai produk barangan buatan dan jenama Malaysia yang berpotensi untuk diekspot serta produk pelancongan dan kraf untuk menggunapakai dan memanfaatkan platform digital.

BERITA BERKAITAN MDEC umum GLOW Aspirasi, bantu rakyat Malaysia jadi ‘freelance’ digital di peringkat global

Melihat usaha yang dilakukan MDEC, pekerja swasta, Annisa Said yang berusia 26 tahun berkata, sememangnya rakyat mengharapkan kerajaan untuk menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan rakyat merebut peluang dalam ekonomi digital, di samping membantu mengurangkan kos kehidupan.

“Ramai anak muda terlepas pandang atau tidak sedar tentang inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.

“Kalau boleh kerajaan perlu perbanyakkan lagi hebahan-hebahan itu seperti televisyen, radio mahupun di media sosial,” katanya.

Sementara itu, bagi Nor Shahqilla Hawa N. Saidi yang berusia 29 tahun, beliau mengharapkan kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang dalam ekonomi digital kepada rakyat semua peringkat umur.

Nor Shahqilla Hawa yang bekerja di sektor swasta berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah kepada golongan suri rumah yang melakukan perniagaan secara dalam talian.

“Bukan sekadar menyediakan platform tetapi saya berharap kerajaan juga dapat memperuntukkan dana buat rakyat dalam Malaysia Digital. Bukan sahaja golongan muda tetapi suri rumah yang melakukan penjualan dalam talian,” katanya

Kempen [email protected] DAGANG dijangka akan memberi manfaat kepada 100,000 perniagaan tempatan, dengan 30,000 daripadanya adalah perniagaan baharu yang turut menyertai program tersebut.

Jumlah Jualan Kasar (GMV) yang disasarkan bakal melebihi RM1.5 bilion dengan menjana sebanyak 5 juta transaksi.

Merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022, [email protected] DAGANG bersama Rakan Platform Digitalnya juga akan menyalurkan manfaat dan sokongan kewangan bernilai RM300 juta kepada perniagaan tempatan melalui pelbagai platform e-Dagang dan e-Bayar yang bertujuan untuk menambahbaik keupayaan penjualan, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.

MDEC, selaku agensi peneraju Ekonomi Digital, akan terus memacu penggunaan digital dalam kalangan perniagaan tempatan menerusi Inisiatif Malaysia Digital, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram