MANUSIA termasuk segala objek di sekelilingnya ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai tarikan graviti bumi. Graviti Bumi juga menyebabkan kita berupaya berdiri tegak di permukaan Bumi dan tidak terapung-apung.
Saintis hanya mengetahui tentang kewujudan graviti sekitar kurun ke-17. Orang pertama yang menjadi perintis kepada teori graviti ialah Sir Isaac Newton, yang telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Law of Gravitation pada tahun 1687.
Selepas hukum graviti Newton diperkenalkan, ia menjadi topik serius yang dibincangkan ahli sains serata dunia.

Pada peringkat awal, ada di kalangan ilmuwan yang tidak menerima konsep graviti ini, malah menganggap ia sengaja direka. Ini disebabkan Newton hanya menyatakan tentang hukum graviti dan cara pengiraannya, tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.
Bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh Newton dengan menyatakan gravitilah yang memastikan bulan dan planet berada pada orbit masing-masing telah menarik minat beberapa orang pengkaji untuk membuktikan perkara tersebut.
Dari semasa ke semasa, hukum graviti Newton terus menjadi topik hangat dalam dunia sains. Ada juga saintis yang cuba mengeluarkan hukum baru mengenai graviti, namun ia tidak dapat menandingi hukum graviti Newton yang masih diguna pakai sehingga kini.
Pada awal abad ke-20, ilmuwan Albert Einstein telah mengemukakan satu teori baru mengenai graviti iaitu teori relatif am. Teori tersebut dikatakan dapat menyaingi hukum graviti Newton, dan ia diiktiraf sebagai hukum graviti yang paling berjaya setakat ini.

Bagaimanapun, Einstein masih belum dapat mengemukakan bukti kukuh tentang adanya graviti. Sehinggalah pada 14 Jun 1949, kewujudan graviti berjaya dibuktikan melalui rakaman video semasa misi pertama makhluk bumi ke angkasa yang melibatkan seekor monyet bernama Albert II.
Di sebalik pelbagai teori yang diutarakan oleh manusia, Al-Quran juga turut menyentuh tentang perkara ini dan telah memberi kiasan mengenai keadaan zero gravity di ruang angkasa lepas.
Dua potong ayat dari surah Al-Hijr (ayat: 14 & 15) sudah menggambarkan bahawa daya tarikan graviti hanya wujud di planet, tetapi tidak pada ruang angkasa.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan sekiranya Kami bukakan kepada mereka satu daripada pintu-pintu langit, lantas mereka terus naik ke atasnya, tentulah mereka akan berkata: Sesungguhnya hanya pandangan kami telah dimabukkan…” (Al-Hijr, ayat 14 & 15).
Perkataan ‘mabuk’ yang disebut dalam ayat tersebut diterjemahkan kepada keadaan pandangan sekeliling yang tunggang langgang apabila naik ke angkasa.
Kenapa pandangan seseorang akan menjadi tunggang langgang apabila melepasi atmosfera Bumi?
Apabila berada di ruang angkasa, daya tarikan graviti menjadi kosong, atau dengan kata lain, tiada lagi hukum graviti. Apabila tiada daya tarikan graviti, sistem pengimbang badan manusia tidak lagi berfungsi.
Sistem pengimbang badan manusia terletak di bahagian telinga. Di dalam telinga manusia, terdapat salur separuh bulat yang menampung sejenis cecair untuk mengimbangkan badan.
Apabila cecair ini tidak lagi berfungsi kerana tiada tarikan graviti, maka seseorang itu tidak lagi mampu untuk menentukan kedudukan dengan tepat. Dengan kata lain, keadaan atas bawahnya menjadi tunggang terbalik. Perkara inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk pandangan ketika berada di ruang angkasa.
Seseorang astronaut yang naik ke International Space Station (ISS) pada beberapa jam yang pertama, mereka akan mengalami mabuk pandangan. Malah, angkasawan pertama dunia, Yuri Gagarin yang menyertai kapal angkasa Vostok juga mengalami pandangan yang bermasalah selepas berada pada jarak 130 kilometer dari Bumi.
Percaya atau tidak, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Manakala Kaabah juga adalah tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya.

_____
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

