WIDURI Capital Management Sdn Bhd (WCM), Bintang Kencana Sdn Bhd (BKSB) dan ANDORRA Healthcare Berhad (AHB) mengumumkan perjanjian kerjasama baharu untuk pembangunan kemudahan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak di tanah-tanah Wakaf Johor dan Selangor.
Pengarah WCM, Dato Alex Wee Cheng Kwan berkata bahawa kerjasama ini akan melengkapkan kewujudan WCM untuk menyediakan syarikat berasaskan kemudahan penjagaan kesihatan tempatan dengan akses yang lebih besar kepada sumber dana alternatif daripada pasaran ekuiti swasta tempatan.
“Sebagai rakan kongsi dalam BKSB, kami tidak ragu-ragu tentang keupayaan BKSB untuk membangunkan kemudahan penjagaan kesihatan baharu dan mengiktiraf keupayaan AHB dalam menguruskan hospital tersebut,” katanya.
Dalam majlis yang diadakan di Putrajaya itu, beliau berkata, dana itu akan dapat memudahkan rancangan BKSB untuk melaksanakan pembangunan tersebut.
WCM ialah Perbadanan Pengurusan Ekuiti Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif BKSB, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, projek tersebut bukan sahaja akan memberi manfaat kepada masyarakat yang disasarkan di sekitar tanah wakaf tetapi menawarkan projek pembangunan berpotensi untuk BKSB di masa depan.
BERITA BERKAITAN Kerajaan akan perkenal Pelan Induk Wakaf Nasional – PM Ismail Sabri
“Kerjasama ini penting bagi BKSB untuk mempromosikan beberapa projek pembangunan hospital lain di seluruh negara, serta meningkatkan nilai tanah wakaf dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. BKSB telah mengenal pasti lokasi-lokasi lain yang berpotensi di negara ini dan menjalin bekerjasama dengan pengendali terkemuka di samping mempromosikan pusat kecemerlangan itu,” katanya.
Menurut Pengarah dan Pengasas AHB, Dr Khamsiah Muda, pembangunan hospital ini akan menjadi sebahagian daripada pelan pembesaran Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA dalam mempromosikan konsep Penjagaan Ihsan dalam persekitaran penjagaan kesihatan pelbagai disiplin.
“Kini hospital itu terletak di Seri Kembangan, Selangor, Hospital Wanita dan Kanak-kanak ANDORRA menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak pakar,” tambahnya.
Katanya, pematerian MoU ini adalah sebahagian daripada pelan induk AHB untuk pengembangan kemudahan penjagaan kesihatan kami bagi membolehkan wanita dan kanak-kanak mendapat akses perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar terkemuka dalam persekitaran yang penuh kasih sayang.
Penglibatan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam kerjasama ini juga akan menyumbang kepada impak yang besar kepada keseluruhan rancangan pembangunan kerana institusi itu diamanahkan kerajaan dalam membangunkan kemudahan penjagaan kesihatan di tanah Wakaf.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

