‘Comel dan Kembang tunggu siapa? Tunggu Abah ya?’ – Kurang makan dan banyak termenung, anak kongsi sikap kucing lepas pemergian arwah abah

Dari Penulis

Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan bagi menemani kesunyian, namun bagi pencinta kucing, si comel ini sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga. Malah ada juga ibu bapa yang lebihkan kucing daripada anak sendiri..haha

Perkongsian Fierdaus Aris mengenai keadaan dua ekor kucingnya selepas pemergian bapa tercinta cukup meruntun hati. Jelasnya kepada UtusanTV, selepas arwah bapa meninggal dunia, Kembang dan Comel lebih banyak termenung dan kurang makan. Malah si Kembang juga menemani jenazah arwah bapa sebelum dimandikan.

Comel cari Abah…
Comel kumbah-kumbah kain pelikat alas baring…

“Kembang sekarang kurang makan. Risau juga bila Kembang kurang makan. Banyak termenung.

Saya dari beberapa hari lepas Abah meninggal dunia, saya ada cuba kongsikan gambar-gambar ke group KSAH, tapi tangguhkan sebab sebak. Hari ini baru cuba go through 1 by 1.

Saya ada lagi 1 gambar Kembang baring tunggu berdekatan Abah sebelum Abah dimandikan. Cuma saya tak kongsikan di group. Mungkin boleh trigger kesedihan kepada sesiapa yang alami trauma atau depression atas sebab kematian. Jadi, saya tak kongsikan,” kongsinya.

Masa ini Abah sedang nazak.

‘Comel dan Kembang tunggu siapa? Tunggu Abah ya?’

Maaf gambar tidak cantik. Handphone saya biasa-biasa sahaja. Yang atas katil ialah Comel. Yang tidur atas bangku merah ialah Kembang.

Bila orang kata, ‘Alah kucing jer.’ Saya tidak terima sebab kucing ialah peneman hidup, kucing ialah ahli keluarga. Kucing ada perasaan. Kucing ada dan tunjukkan rasa sayang dan rasa rindu.

Saya tetap akan sentiasa ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas doa daripada rakan-rakan di page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? untuk kesihatan dan kelancaran urusan Abah yang berjuang menghadap Kanser Hati Tahap 4 Paliatif.

Abah kembali ke rahmatullah pada pukul 2:20 petang 29 Ogos 2022 baru-baru ini. Urusan Abah lancar pada hari pemergiannya. Alhamdulillah.

Grief hits different this time. Really different I cannot even describe in words.”

Dua-dua tunggu Abah solat
Kembang baru balik meronda kampung pagi-pagi buta…
Kembang kucing induk kesayangan.
Kembang tunggu Abah dukung…

Sumber : Fierdaus Aris


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This