Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing dengan memasukkannya ke dalam sekarung guni.

Video memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian memaklumkan, pihaknya telah menjalankan semakan dan siasatan awal bagi mengenal pasti individu yang terlibat, lokasi sebenar kejadian serta mendapatkan fakta lengkap berhubung insiden tersebut.

Menurut Kok Lian, satu laporan juga telah dibuat pemilik premis makanan tersebut berhubung video tular berkenaan.

“Berdasarkan laporan yang diterima, pekerja premis tersebut dipercayai merupakan individu yang telah memasukkan kucing berkenaan ke dalam guni seperti yang dipaparkan dalam video yang tular.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana dipercayai melakukan penganiayaan terhadap haiwan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Kok Lian berkata, Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000.

Kata beliau, pesalah juga boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kok Lian memberitahu, pihak polis akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi berkaitan bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, beliau menegaskan polis memandang serius sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Masyarakat juga diseru supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap kebajikan haiwan serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang kejadian penganiayaan atau pengabaian haiwan,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This