Shuib nafi jalin cinta dengan usahawan, bukan suaranya dalam video

Dari Penulis

PELAWAK Shuib Sepahtu menyangkal dakwaan suara disebalik video yang dimuat naik di Instagram usahawan Watie Hanafiah yang sedang bermain golf itu adalah dirinya.

Ia sekaligus menepis tohmahan yang menuduh dirinya ada menjalinkan hubungan istimewa dengan wanita terbabit di ketika arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah masih ada berikutan video terbabit di kongsikan pada 2019.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.

“Ada yang kata saya sudah lama mempunyai skandal dengan Watie sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah,” katanya.

Tegas Shuib lagi, suuara lelaki yang mirip dengannya itu mungkin berlaku secara kebetulan.

“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya. Tak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.

“Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” ujarnya.

Menurut Shuib, dia mula bermain golf pada 2020 ketika negara berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Video yang dimuat naik Watie itu bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.

“Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini.

“Kalau tengok di akaun Instagram, saya muat naik video kali pertama bermain golf adalah pada 18 Mei 2020. Jadi nampak tak perbezaan tahun dan tarikh.

“Ini saja penjelasan saya, selebihnya boleh lihat di akaun Instagram saya mengenai tarikh saya mula bermain golf. Selepas tarikh itu baru saya ligat bermain sukan itu,” ulasnya.

Terdahulu nama Shuib menjadi perbualan netizen di TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Rata-rata netizen mendakwa suara di video itu adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Watie.

Gosip mengenai hubungan rapat Shuib dengan seorang usahawan bernama Watie Hanifiah itu mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video berkenaan mereka berdua.

Menerusi video tersebut, pengguna itu mendakwa pasangan itu memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Namun Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, akibat Covid-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This