1 Syawal tahun ini menjadi hari bermakna buat Watie Hanifiah yang pertama kali meraikan bulan kemenangan umat Islam sedunia sebagai isteri kepada pelawak, Shuib.
Menurut Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah,36, mereka sekeluarga pulang ke Ipoh, Perak iaitu keluarga di sebelahnya.
“Di Ipoh ni keluarga sebelah ayah saya. Keluarga ayah memang sangat ramai. Ada sekitar 100 lebih orang…memang keluarga besar.
“Kami memang nak balik ke Ipoh sebab nak bagi anak-anak rasai pengalaman beraya dalam suasana meriah.
“Pada masa sama, dapat berkenalan dengan saudara-mara yang jauh dan jarang berjumpa bila hari-hari biasa.
“Kita berkumpul di homestay, duduk ramai-ramai seperti satu keluarga besar,” katanya kepada URTV ketika ditemui baru-baru ini.
Ujar Watie, paling yang dinantikan ialah sesi bersalaman dengan suami memohon maaf atas kesilapan lalu.
“Saya teruja sebenarnya nak rasai pengalaman bersalaman di pagi raya dengan suami.
“Itu yang paling saya nantikan bila tiba Aidilfitri,” ujarnya.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

