Dimasukkan ke hospital akibat demam panas tapi kenapa pula Mimi Lana dirundung rasa bersalah?

Dari Penulis

PELAKON Mimi Lana berkongsi keadaan kesihatannya yang mengalami demam panas sehingga dimasukkan ke hospital sejak semalam.

Ujar Mimi atau Mimi Rozaina Zainal Abidin,27, dia mula menyedari keadaan badannya yang tidak sihat sejak dua hingga tiga hari llau sehingga suhu badannya naik secara tiba-tiba.

“Saya rasa sejuk sampai menggigil. Saya risau jika ia jangkitan Covid-19 atau Influenza ke. Dan doktor kata mungkin saya kena denggi disebabkan beberapa simptom yang dialami.

“Tetapi saya bernasib baik sebab tak ada apa-apa, hanya demam panas. Suhu badan saya kerapa turun naik sejak pagi semalam sehingga sekarang,” tulisnya di Instagram story.

Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa bersalah kerana sepatutnya ketika ini dia berada di lokasi penggambaran.

Selain itu, Mimi turut memberitahu ini merupakan pengalaman pertamanya dimasukkan ke hospital.

“Saya betul-betul rasa bersalah sebab saya patut ada di set shooting hari ini (semalam).

“Ini pertama kali saya dimasukkan ke hospital ketika saya tengah penggambaran.

“Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set penggambaran seperti biasa,” ujarnya.

Menerusi entri sama di Instagram story, Mimi turut memaklumkan dia sudah diberikan dua botol drip air bagi memberi tenaga pada badannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This