[VIDEO] Nyanyi lagu Tiara versi P.Ramlee, P.Radhi tak tiru sesiapa

Dari Penulis

“Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Luncai Emas Sdn Bhd yang menerima saya serta memberi peluang untuk ‘cover’ lagu Tiara”.

Begitu kata penyanyi baharu yang mahu dikenali sebbagai P.Radhi yang menyanyikan semula lagu Tiara dalam versi Seniman Negara, Tan Sri P.Ramlee.

P.Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi AB. Rahman, 31, merupakan Juara Bintang P. Ramlee pada
2016.

“Lagu Tiara ciptaan Datuk M.Nasir memang sudah terbaik dan saya sekadar menyanyikannya dalam versi P. Ramlee.

“Kenapa versi P. Ramlee? Sebab saya menjuarai Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada 2016. Saya juga sangat meminati Allahyarham dan dari kecil saya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonannya.

“Saya tidak sangka versi P. Ramlee yang bermula daripada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik. Ramai juga yang mengatakan rindu pada arwah P. Ramlee dengan dendangan itu.

“Saya terharu dan gembira dapat mengingatkan kembali orang ramai kepada seniman Agung kita. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya,” katanya.

P.Radhi yang merupakan artis baharu di bawah label Luncai Emas itu juga bakal mengeluarkan beberapa single lagi secara ‘cover’ mahupun ‘original’ selepas Tiara serta juga beberapa lagu P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri.

Video Muzik Tiara di mana penggambarannya dibuat sepenuhnya di Melaka telah pun dimuat naik di saluran youtube Luncai Emas dan sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah mencapai lebih 50 ribu tontonan.

Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan daripada filem Penarek Becha.

Tiara juga boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This