“Saya bukan Ah Long, saya artis biasa sahaja…,” – Adam Corrie tak dapat beri bantuan untuk…

Dari Penulis

DISEBABKAN kerap menerima mesej langsung (DM) di media sosial yang ingin meminta bantuan kewangan, pelakon Adam Corrie terpaksa membuat pendedahan secara terbuka.

Jelas Adam, dia terpaksa membuka cerita mengenai mesej yang sering diterimanya hampir setiap hari memandangkan dia bukanlah individu yang layak untuk diminta bantuan.

“Saya bukan Ah Long (peminjam wang tanpa lesen). Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan Ah Long. Saya artis biasa sahaja.

“Setiap hari sama terima mesej minta tolong dari segi kewangan, kena kejar dengan Ah Long, kena kejar bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi.

“Saya tak boleh nak ‘payung’ (bantu) dan tolong yang di luar kemampuan saya,” luahnya di Instagram miliknya.

Pun begitu, Adam tetap membantu dengan berkongsi nombor yang boleh dihubungi bagi mendapatkan pertolongan.

“Saya hanya akan berikan link nombor telefon atau link laman sesawang pihak berwajib untuk tuan dan puan hubungi minta bantuan.

“Saya doakan tuan dan puan semua selalu dilindungi Allah daripada segala keburukan serta mara bahaya,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This