PENGESAHAN Jabatan Penjara bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) menerima kritikan banyak pihak.
Antara yang lantang mempersoalkan kewajaran mengenai perkara itu adalah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam ciapan di Twitter, Syed Saddiq meminta penjelasan pihak berwajib yang memberikan ‘layanan istimewa’ kepada Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.
Menurut Syed Saddiq, kenyataan dikeluarkan Jabatan Penjara seolah-olah ‘mengiyakan’ dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri itu yang dirujuk dengan nama kod Merpati dalam media sosial baru-baru ini.
Ahli Parlimen Muar turut mempertikaikan layanan dua darjat, yang didakwa diberikan buat Najib, meskipun Ahli Parlimen Pekan itu kini berada dalam penjara.
“So (Jadi), dakwaan pasal ‘merpati’ betul lah? Jadi banduan pun masih ada layanan dua darjat.
“Pihak-pihak terlibat harus beri penjelasan kenapa special treatment (layanan istimewa) diberikan kepada Najib,” soal Syed Saddiq.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut mendakwa maklumat maklumat berhubung keberadaan Najib di HRC terpaksa dikeluarkan pihak penjara selepas informasi mengenainya sudah tersebar.
“Kalau info tak leak (bocor), rasanya ada keluar ke statement (kenyataan) daripada Jabatan Penjara?” katanya.
Baca artikel berkaitan: Najib dirujuk ke HRC untuk terima rawatan
Baru-baru ini, timbul dakwaan dalam media sosial bahawa Najib yang dirujuk dengan nama kod Merpati diberi layanan istimewa.
Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke HRC bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).
Ekoran tular dakwaan itu, rata-rata netizen menggesa Jabatan Penjara supaya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa perkara melibatkan dakwaan tersebut.
Terdahulu, Jabatan Penjara mengesahkan, Najib sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di HRC pada 19 September lalu selepas dirujuk pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), Najib dihantar ke HKL untuk rawatan oleh pakar perubatan selepas perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu susulan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.
Jabatan itu turut dilaporkan berkata, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

