Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL

Dari Penulis

Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah jenis syabu di ibu negara  susulan penahanan empat lelaki menerusi serbuan di kawasan tempat letak kereta di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak empat bulan lepas itu mendapatkan bekalan daripada sebuah negeri di utara Semenanjung dan membekalkan dadah kepada individu dikenali sahaja.

“Semua individu ditahan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sekitar Kuala Lumpur sebagai punca pendapatan utama.

Baca artikel berkaitan : Polis berjaya rampas dadah bernilai RM20.56 juta

“Hasil semakan mendapati tiga daripada empat individu ditahan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan narkotik dan jenayah serta positif dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata empat individu itu direman tujuh hari sehingga 26 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This