MALAYSIA akan menyertai Persidangan Plenipontentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITUPP22) yang berlangsung di Bucharest, Romania mulai esok sehingga 14 Oktober depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang mengetuai delegasi Malaysia memaklumkan beliau akan terlibat dalam beberapa mesyuarat dan sesi perbincangan dua hala dalam persidangan tersebut.
Menurut Annuar, ia melibatkan mesyuarat dan perbincangan bersama-sama negara luar berhubung perkara berkaitan telekomunikasi, ekonomi digital, radio serta regulatori berkenaan peranan dan sumbangan Malaysia dalam sektor berkenaan.
“Saya akan menyampaikan ucapan semasa Sesi Khas Menteri, hari ini dan juga menyampaikan kenyataan polisi semasa Sesi Plenari, Selasa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata persidangan yang dihadiri lebih 181 negara itu amat istimewa dan signifikan bagi Malaysia.
Jelas beliau, ia kerana Malaysia akan bertanding untuk memenangi kerusi Ahli Majlis ITU di bawah Wilayah E (Asia dan Australasia) bagi penggal 2023-2026.
Baca artikel berkaitan: Industri Komunikasi dan Multimedia 2021 kekal kompetitif – Annuar
Justeru, beliau berkata, selain menganjurkan majlis resepsi pada 29 September ini, delegasi Malaysia akan menggunakan ruang yang ada untuk bertemu dengan rakan sejawatan dan delegasi negara-negara ahli ITU bagi meraih sokongan serta undian.
“Penglibatan Malaysia secara langsung dalam Persidangan ITUPP22 dan sebagai Ahli Majlis ITU akan memberi impak besar terhadap kepakaran tempatan yang dapat dimanfaatkan melalui program-program pembangunan telekomunikasi dan Teknologi Maklumat dan Komunakasi (ICT) oleh ITU.
Annuar berkata pemain industri khususnya dalam sektor telekomunikasi dan ICT tempatan di Malaysia akan menerima impak positif melalui polisi kerajaan yang tersusun, termasuklah peluang meneroka teknologi terkini, dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang unggul kepada Keluarga Malaysia.
Delegasi Malaysia ke ITUPP22 termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) M.Sivanesan dan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Turut serta, Duta Malaysia ke Romania Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin selain wakil penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia seperti Telekom Malaysia, Maxis, Digi dan MEASAT.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

