Mahkota kubu kuat PH-BN, dijangka menang besar, kata Annuar Musa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor disifatkan sebagai kubu terkuat gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menjangkakan BN dijangka menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang akan diadakan pada 28 September ini.

Menurut Annuar, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022 menunjukkan bahawa BN memperoleh lebih 16,000 undi manakala PH pula mendapat lebih 11,000 undi di DUN Mahkota.

Kata beliau, jumlah undi yang dicatatkan kedua-dua gabungan itu telah pun menghampiri 28,000 undi.

“Apa lagi dalam PRK, dengan segala jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang sudah pun dikerahkan bekerja untuk ‘team perpaduan’ MADANI.

“Dijangkakan BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di (DUN) Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi.

Baca artikel lain: PRK DUN Mahkota: PN sudah ada calon, umum Selasa ini

“PN bermodalkan hanya 7,000 undi sahaja di PRN lalu. Lebih 20,000 undi lebih rendah dari undi diperolehi BN PH.

“Majoriti BN dalam PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baru mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan’,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota di Johor adalah pada 28 September depan.

Sebagai rekod, Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Pada PRN itu, Sharifah Azizah meraih 16,611 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan Taqiuddin Che Man dari Amanah, Mohamad Nor Lingan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta calon Parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman.

Semalam, BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon mewakili parti tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This