TAN SRI Annuar Musa memulangkan paku buah keras kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan menegaskan bahawa organisasi Pas jauh lebih tersusun berbanding semua parti politik lain di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu menegaskan, hanya Pas berupaya menggerakkan gerakan massa kerana mempunyai organisasi yang tersusun.
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kemenangan Pas pada pilihan raya sebelum ini adalah kerana memiliki organisasi yang tersusun selain matlamat jelas dan tepat.
“Tak perlu kita dabik dada untuk buka semua cara tentang organisasi Pas, itu rahsia kita.
“Tak perlu beritahu pada PKR tentang organisasi kita. Pas menang kerana organisasi yang tersusun.
“Dia (Rafizi) kata organisasi Pas lemah sebab dia tak nampak organisasi kita dan bagaimana cara kita susun. Dia kata pula Pas boleh himpunkan ramai orang sampai beratus-ratus ribu tapi pilihan raya tak menang.
Baca artikel lain: Tun M sertai kempen calon Pas di PRK Kemaman
“Nak himpun orang ramai kalau tak ada organisasi, tak jadi! Nak angkat bendera banyak-banyak, buat rapat umum dan adakan program tak jadi kalau organisasi tidak tersusun,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, malam tadi.
Annuar membidas kenyataan Rafizi yang mendakwa bahawa Pas tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Semalam, Rafizi semasa merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan 2023 berkata, idealisme sahaja tanpa ada kekuatan organisasi dan kelebihan bakat sesuatu gerakan itu tidak akan ke mana.
Mengambil contoh Pas, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, sejak tahun 1951 dari segi idealisme jelas parti itu berlandaskan Islam.
Bagaimanapun, katanya, idealisme sahaja tanpa kekuatan organisasi dan bakat kepimpinan yang baik tidak boleh menterjemahkan kepada keberkesanan khidmat untuk rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

