Ajal terkena parang selepas terjatuh pokok nangka

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut terkena parang yang digunakannya menebang pokok nangka di rumahnya di Batu 8, Kampung Paya Rumput, dekat Melaka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Yap Ah Keo, 64, disahkan maut ketika cuba mendapatkan pertolongan akibat pendarahan teruk setelah bahagian rusuk kanannya terhiris parang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan kejadian pada pukul 11.15 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Tanjung Minyak bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Katanya, hasil soal tanya terhadap isteri mangsa, polis dimaklumkan mangsa sempat berbual-bual di halaman rumah selepas mereka bersarapan kira-kira pukul 8 pagi.

Menurutnya, mangsa memaklumkan kepada isterinya dia mahu memotong dahan pokok nangka di hadapan rumah mereka dan mengggunakan tangga untuk memanjat pokok setinggi dua meter.

“Semasa menebang pokok dengan parang, secara tiba-tiba dahan pokok tersebut menghempap mangsa menyebabkan mangsa yang berada di atas tangga jatuh di bawah pokok nangka tersebut.

“Mangsa kemudian bangun dan mendapati ada darah mengalir di rusuk sebelah kanan akibat terkena parang yang dibawa (untuk) menebang pokok dan mangsa terus kembali ke rumah memanggil isterinya sebelum bergerak ke paip air di hadapan rumah untuk mencuci luka.

“Mangsa kemudian cuba berjalan masuk ke dalam rumah dan dalam lima langkah, mangsa secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, berdasarkan siasatan terhadap isteri mangsa yang berusia 66 tahun itu, parang berkenaan sememangnya alatan yang dibawa mangsa untuk menebang pokok berkenaan.

Kata isterinya lagi, mangsa juga tidak mempunyai sejarah penyakit.

Beliau menambah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun, pihaknya telah mengeluarkan Pol 61 bagi mengetahui sebab-sebab kematian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This