Tiada kes culik budak di stesen minyak Telok Panglima Garang – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubungan dakwaan seorang lelaki cuba melarikan kanak-kanak di sebuah stesen minyak Telok Panglima Garang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pengadu seorang wanita berusia 34 tahun mendakwa seorang lelaki mencurigakan telah turun dari sebuah kereta dan menuju ke pintu belakang kereta miliknya.

Katanya, dalam masa sama anak pengadu berada di bahagian belakang kereta tersebut.

“Siasatan awal ke atas laporan polis tersebut mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis tersebut bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat kenyataan atau menyebar berita yang tidak sahih sebelum merujuk ke pihak berkuasa.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998”.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This