SILAT Cekak Pusaka Hanafi telah menganjurkan Program Simposium “Silat & Pahlawan: Jihad AntiRasuah” sempena dengan sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 1444H di Kompleks Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
Perasmian program disempurnakan oleh Yang diPertua Dewan Negara , Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dengan kehadiran 600 orang tenaga pengajar dari seluruh negara.
Penganjuran program pada Sabtu lepas itu merupakan kesinambungan kepada Kempen KesedaranMempertahankan Diri atau ringkasannya SEDAR yang telah digerakkan oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi sejak empat tahun lalu.
Terdahulu pihak persatuan telah menjayakan kempen SEDAR: Jihad AntiDadah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan memperkasa jati diri sebagai perisai kepada ancaman dan anasir berbahaya seperti penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

Presiden Silat Cekak Pusaka Hanafi, Kol. Kehormat (PA) Dr Md Radzi Hanafi berkata, agenda utama penganjuran program tersebut ni adalah bagi melancarkan kempen SEDAR @ Jihad Antirasuah.
“Ia bertujuan membangkitkan kesedaran bersama akan kepentingan penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan jasmani dan rohani yang luhur supaya kita semua sama-sama dapat menghindari, memusuhi dan membanteras amalan buruk rasuah yang memusnahkan negara,” katanya.
BERITA BERKAITAN Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi bersama APM, NGO bantu mangsa banjir
Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan mengenai kejayaan Silat Cekak Pusaka Hanafi menempa nama dalam Buku Rekod Dunia pada 2015 lalu (Pembelajaran Silat Terbesar) di mana rekod itu masih bertahan sehingga kini.
Justeru, bagi meneruskan legasi tersebut beliau berhasrat untuk merealisasikan sebuah bangunan mercu tanda Silat Cekak Pusaka Hanafi bagi memartabatkan silat ke tahap yang lebih tinggi menerusi pelancaran Program Kewangan untuk Projek Mercu Tanda Pusaka Hanafi tersebut.
Pihak penganjur juga berterima kasih kepada Dr. Rais Yatim selaku Yang di-Pertua Dewan Negara dan juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah atas sokongan dan kesudian beliau merasmikan program hari ini serta pelancaran kempen SEDAR @ Jihad Antirasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram