KDN buat laporan polis, nafi wujud jawatan pengarah kewangan

Dari Penulis

POLIS hari ini mengesahkan menerima satu laporan penafian daripada Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai dakwaan seorang wanita yang mengaku telah dilantik sebagai pengarah kewangan kementerian itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu, Nik Noraini Nik Ya ,52, pada pukul 2.59 petang tadi.

Beliau berkata, pengadu telah menerima satu hantaran klip video memaparkan rakaman seorang wanita bernama Siti Nur Atiqah yang mendakwa telah dilantik ke jawatan tersebut.

“Pengadu juga terlihat laman sesawang KDN yang telah diubah suai dengan nama suspek, Datuk Sri Siti Nur Atiqah Baba sebagai Pengarah Kewangan KDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azran berkata, pengadu membuat laporan sebagai penafian dimana tiada individu telah dilantik secara langsung ke jawatan itu kerana ia tidak pernah wujud.

Jelasnya, pengadu akan hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Daerah Sepang pada pukul 9 pagi esok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parti Cinta Malaysia dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara – Hamzah 

MESYUARAT Khas Perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebulat suara bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula dengan Parti Wawasan Negara dipilih...

More Articles Like This