POLIS kini mengesan dua lelaki yang bertindak melakukan jenayah samun dengan menaiki sebuah kereta Perodua Axia hijau dengan nombor pendaftaran WC8757K.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh berkata, kedua-dua suspek terlibat dalam kejadian samun di kawasan Telok Panglima Garang dan Kuala Langat pada 19 September dan semalam.
Beliau berkata, suspek memandu kenderaan Perodua Axia hasil dari curi di kawasan Shah Alam.
“Polis kini sedang menyiasat kejadian tersebut dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan suspek ini diminta untuk menyalurkan maklumat ke bilik Gerakan IPD Kuala Langat ditalian 03-31872222 atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd di talian 017-4055363.

