‘Orang zaman dulu lagi susah’, biasa kan mendengar kata-kata ini keluar daripada mulut mereka yang lebih berusia. Rata-rata golongan ini sudah melalui onak duri dan segala macam rintangan dek kerana perbezaan zaman dan generasi.

Dan atas sebab itu, pengalaman dikongsikan demi memberi gambaran suka duka yang dilalui supaya generasi muda lebih mensyukuri nikmat dan kemudahan yang dikecapi hari ini.

Malangnya, ia dianggap merendah-rendahkan keupayaan mereka.

Saudara Hamka menerusi laman sosial miliknya berkongsi beberapa peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat bercerita dan membuat perbandingan dengan orang terdahulu demi melahirkan rasa kesyukuran.

“Salahkah menegur orang muda dengan bercerita kesusahan zaman dahulu agar mereka lebih bersyukur? Salahkan ajak orang kepada kesyukuran?

Alkisahnya semalam saya menegur orang muda yang tidak pandai selesaikan masalah waktu belajar di IPTA dengan bandingkan kisah saya belajar muda-muda dahulu yang mana kesusahan mereka kecil sahaja berbanding orang zaman dulu…

Lepas tu ada orang tegur saya.., katanya:

“Tuan Hamka kalau boleh takyahlah stereotaipkan kata budak sekarang dan, bandingkan kita dulu dulu.. sebab Kita tak pernah dalam kasut diorang, sama dengan diorang juga tak pernah dalam kasut kita.. boleh cerita hanya untuk pengajaran, bukan perbandingan.. downgrade orang muda tak menjadikan orangtua lebih hebat”

Baiklah, pertama tamanya, Terima kasih atas teguran, namun izinkan saya berbeza pendapat bab buat perbandingan orang dulu dan orang sekarang dalam membuka luas selebar pintu kesyukuran.

Teringat zaman huru hara Saidina Ali jadi khalifah, perang sesama Islam berlaku, ramai mengeluh kenapa zaman Ali ni teruk sangat tak macam zaman abu bakar?

Saidina Ali bagitahu, zaman aku teruk sebab rakyat ramai perangai macam kamu, sedangkan zaman abu bakar hebat sebab rakyat ramai macam aku.

Aduhhhhhh, pedih kan kena banding macam tu?

Jom Rujuk hadis, ada kisah sahabat Nabi yang bila dia buka baju, Saidina Umar tengok terus terkejut kerana terlalu teruk luka di belakang badannya.

Nama sahabat itu adalah khabab.. saya kadang bila beli roti kebab nampak daging berpusing pusing dibakar api teringat pada khabab bin Alarat.

Bercerita lah khabab kepada Umar akan kisahnya waktu masuk Islam telah diseksa dengan dibaringkan atas bara api hingga lemak-lemak di badan beliau memadamkan api.

Punya lah susah sahabat Zaman tu.. lepas tu khabab mengadu pada Nabi saw, bila Allah nak bantu saya? Nabi tak doa bagi Islam menang ke?

Nabi saw dengan emosi menjawab: bersabarlah, orang ZAMAN DULU lagi susah, ada yang digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya kerana Islam, ada yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap bersama Iman dan Islam.

Terus Khabab insaf dengan kisah Nabi bandingkan kesusahan orang zaman dahulu..nampak tak?

Maka tidaklah salah kita menegur orang muda dengan menceritakan kesusahan kita zaman dulu macam Nabi tegur sahabat agar mereka bersyukur yang mana siapa bersyukur akan dapat dua perkara:

Pertama: orang bersyukur akan lebih mudah selesaikan masalah berbanding orang kufur nikmat,

Kedua: Janji Allah, siapa bersyukur pasti nikmat, bertambah!

Alhamdulillah… sungguh ingat mengingati itu memberi manfaat pada orang beriman, andai korang mahu berfikir..

Maka ini bukan kisah downgraded tapi upgraded, andai korang mahu bersyukur.

Woha!”

Sumber : Hamka