Ini satu-satunya orkid yang hanya mekar pada waktu malam

Dari Penulis

PADA tahun 2008, seorang pakar orkid dari Belanda, Ed de Vogel telah menemui sejenis spesies orkid unik yang bunganya hanya kembang pada waktu malam dan menguncup pada waktu siang.

Tumbuhan yang dikenali dengan nama saintifik Bulbophyllum Nocturnum itu ditemui Ed de Vogel semasa ekspedisinya ke pulau New Britain di Papua New Guinea untuk mengumpul beberapa jenis orkid di kawasan pembalakan untuk ditanam di Hortus Botanicus di Leiden, Belanda.

Menurut Ed, dia tidak menjangka orkid yang ditemuinya itu adalah satu spesies baru yang belum ditemui. Dia menjaganya dengan baik sehingga pokok itu mulai bertunas.

Ed menantikan bunga orkid dari tumbuhan itu terbuka. Namun, tunas pokok itu layu apabila telah mencapai saiz di mana ia harus terbuka. Mahu tahu lebih lanjut, Ed membawa spesies orkid itu pulang untuk mengkaji apa yang berlaku kepada tunas pokok tersebut.

Dalam pemerhatiannya itu, Ed terperanjat apabila mendapati tunas orkid itu mula terbuka pada pukul 10.00 malam dan tertutup 12 jam kemudian, iaitu pukul 10.00 pagi. 

Pemerhatian ke atas tunas berikutnya mengesahkan bahawa semua putik bunga akan terbuka sekitar pukul 10.00 malam dan bertahan hanya satu malam sebelum layu pada keesokan harinya.

Spesies orkid Bulbophyllum Nocturnum yang hanya kembang pada waktu malam.
Ed De Vogel menemui spesies orkid unik ini yang hanya kembang pada waktu malam.

Sebelum itu, memang ada spesies tumbuhan yang bunganya berkembang hanya pada waktu malam dan menguncup pada waktu siang. Namun, tiada satu jenis orkid pun yang tersenarai dalam golongan tersebut sehinggalah spesies orkid ini ditemui Ed.

Penemuan orkid jenis ini secara tidak langsung mencatatkan sejarah dalam bidang botani dan ia direkodkan sebagai satu-satunya orkid yang berkembang pada waktu malam.

Mengapa bunga orkid Bulbophyllum Nocturnum ini terbuka hanya pada waktu malam masih belum ada penjelasan yang tepat. Hanya sekadar teori ia berlaku mungkin disebabkan proses pendebungaan orkid tersebut yang berlaku hanya pada waktu malam.

Pakar orkid dari Taman Botani Diraja Kew di London, André Schuiteman yang bekerjasama dengan Ed dalam mengkaji spesies orkid ini memberitahu, orkid ini tergolong dalam keluarga tumbuhan berbunga terbesar dengan kira-kira 25,000 spesies dikenali.

Bulbophyllum Nocturnum adalah sangat istimewa kerana merupakan jenis orkid pertama di dunia yang mekar pada waktu malam dan menguncup pada waktu siang. Spesies orkid ini hanya ditemui di kawasan hutan tropika purba.

Orkid ini hanya kembang pada waktu malam dan kuncup di siang hari.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kisah hantu Fisher yang membongkar di mana mayatnya ditanam

Di seluruh pelosok dunia ini pasti ada kisah hantu. Walaupun sains dan teknologi semakin maju, entiti dunia ghaib ini...

More Articles Like This