Hoi Lan lambang Keluarga Malaysia yang saya impikan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGORBANAN dan jasa pesara guru tadika, Chee Hoi Lan, 83 yang membesarkan anak angkatnya sebagai orang Islam disifatkan lambang Keluarga Malaysia yang diimpikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dalam catatan di Facebook semalam turut menyatakan keterujaan beramah mesra dengan penerima Anugerah Maulidur Rasul itu.

Menurut Perdana Menteri, walaupun Hoi Lan beragama Buddha, namun sanggup membesarkan anak angkatnya itu, Rohana Abdullah secara Islam.

Malah, Ismail Sabri berkata, Hoi Lan tidak cuba menukar agama anak tersebut yang belum pun mengenal dan memahami tentang agama.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan, Hoi Lan turut memastikan anak tersebut mengenali hukum Islam, belajar fardu ain dan makan makanan halal.

“Hari ini (semalam), saya hadir ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

“Majlis ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan berangkat menyempurnakan majlis sambutan pada kali ini.

“Saya berasa teruja dan sempat beramah mesra dengan seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan yang membesarkan seorang kanak-kanak beragama Islam dan menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.

Baca artikel berkaitan: Besarkan anak angkat Islam, Hoi Lan dikurnia Anugerah Maulidur Rasul

“Beliau menerima anugerah dalam kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia atas pengorbanan membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah sebagai orang Islam, selepas ditinggalkan pada usia dua bulan oleh ibunya, pembantu warga Indonesia,” katanya dalam hantaran tersebut.

Kisah Hoi Lan atau mesra dipanggil Laoshi menyentuh hati masyarakat apabila sanggup membesarkan Rohana, 20, yang dijaganya sejak usia dua bulan hingga sekarang dalam suasana Islam walaupun berlainan agama.

Jasa itu telah membolehkan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.

Anugerah itu dikurniakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This