Resipi bancuhan cucur udang rangup tanpa yis. Rehatkan adunan 15 minit sebelum goreng

Dari Penulis

Enaknya kudapan petang bila buat cucur udang kan. Nak-nak kalau dimakan panas-panas dan rangup. Ada yang sukakan cicah sambal dan ada juga yang suka dimakan bersama kuah kacang.

Cara menyediakan cucur udang cukup mudah. Jom ikut resipi yang dikongsi Siti Aishah Mohd Amin.

Resipi tanpa yis :

2 cawan Tepung gandum

1 biji telur

Taugeh – pilihan

Daun Kucai – pilihan

Lobak merah – potong halus

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

10 ekor Udang

2 cawan air atau agak-agak – pastikan adunan jangan lembik dan jangan kental sangat

Cara :

1. Cara buat macam buat cekodok bilis cuma tambah telur dan sayur-sayuranu sahaja. Sebelum mengoreng, rehatkan dahulu adunan dalam 15 minit dan goreng seperti biasa. P/s : taknak melekat pastikan minyak kena panas betul-betul tau.

Sumber : Siti Aishah Mohd Amin


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Integrasi NeuroStreamâ„¢ Pemangkin Bandar Pintar, Neurovia AI Lantik Rashed Aleghfeli Peneraju Operasi Timur Tengah

SYARIKAT gergasi penyedia teknologi automasi maklumat global, Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO), secara rasminya mengumumkan pelantikan tokoh korporat terkemuka Emiriah...

More Articles Like This