Akhirnya Neelofa dedah wajah Bilal

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI Neelofa akhirnya berkongsi wajah penuh anak lelakinya, Muhammad Bilal di Instagram miliknya sebentar tadi.

Dengan muat naik gambar terbabit, ia seolah menutup mulut warganet yang rata-rata mempersendakan wajah anaknya seperti yang tular di media sosial hari ini.

Neelofa yang juga isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz, turut menitipkan kata-kata manis buat buah hatinya.

“Cinta dan sayang pada anakku, Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti. Pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu merek kecil.

“Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. 

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah,” coretnya.

Dalam pada itu, pengacara Next To Neelofa itu juga turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak seperti Bilal dan menjadi penyejuk mata keluarga.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah yang menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga Affiyah sentiasa untuknya,” tulisnya.

Sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa kesal terhadap individu yang memuat naik gambar Bilal tanpa kebenarannya di media sosial.

Malah, Neelofa menerusi Instagram storynya turut terkilan kerana wajah anak telah disunting dan dijadikan bahan jenaka warganet.

Untuk info, Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This