56 usahawan Sarawak sertai IBBC Insken raih jualan RM437,000

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSTITUT Keusahawanan Negara Berhad (Insken) merekodkan kecemerlangan baharu menerusi hasil jualan RM437,000 menerusi program Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) Edisi Sarawak.

Rekod baharu itu diperoleh daripada 56 usahawan industri kafe dan restoran serta jualan pasar raya (makanan dan minuman).

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, program IBBC merupakan program bimbingan keusahawanan bagi meningkatkan skala perniagaan mengikut industri berkaitan.

Menurut beliau, program yang dijalankan selama empat bulan itu bertujuan memberikan panduan kepada usahawan tempatan untuk mengembang dan melonjakkan prestasi perniagaan.

Selain itu, kata beliau usahawan turut berpeluang mempelajari dan mengusai teknik menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan.

Jelas Muhd Firdaus, IBBC telah berjaya mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan apabila lebih separuh daripada jumlah peserta kedua-dua program telah meningkatkan hasil jualan perniagaan antara 20 hingga melebihi 100 peratus.

Dalam masa sama, beliau berkata, 15 pekerjaan baharu dicipta dalam tempoh empat bulan program tersebut dijalankan.

“Program IBBC ini dilengkapi aspek latihan dan bimbingan secara holistik.

“Peserta juga dipantau bagi memastikan skala serta kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan pelbagai cabaran mendatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penutup program IBBC edisi Sarawak telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dr. Ripin Lamat.

Antara graduan program IBBC anjuran INSKEN

Baca artikel berkaitan: INSKEN perkasa kerjasama dengan 90 pengasas produk terkenal tempatan

Program tersebut menghimpunkan 56 usahawan yang terbahagi kepada 29 peserta daripada industri kafe dan restoran manakala 27 peserta industri jualan pasar raya.

Kedua-dua program tersebut dijalankan secara komprehensif hasil kolaborasi strategik bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Dayang Hartini Abang Ismail merupakan antara usahawan IBBC Jualan Pasar Raya cemerlang dengan peningkatan hasil jualan sebanyak 174 peratus menerusi Koleksi Alieniey.

Faktor utama kejayaan dicapai apabila bungkusan produk yang lebih menarik telah dihasilkan selain mempergiat pemasaran secara dalam talian.

Dayang Hartini yang menjalankan perniagaan pelbagai produk seperti kek lapis, kerepek dan jeruk turut berjaya menambah bilangan pekerja.

Hasil jualan tertinggi bagi peserta program IBBC industri kafe dan restoran dicatatkan Florina Ariffin @ Jelebat daripada Isna Corner yang meningkatkan jualan sebanyak 57 peratus.

Selain penekanan pengurusan perniagaan dan pekerja, pengiraan kos modal dan bahan makanan seperti Laksa Sarawak, bakso, ayam penyet dan lain-lain turut menjadi penyumbang kecemerlangannya.

Sehingga September 2022, INSKEN telah melaksanakan 21 program IBBC pada tahun ini dan 2022 merupakan tahun keenam ia dianjurkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This