INSKEN perkasa kerjasama dengan 90 pengasas produk terkenal tempatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) terus mengorak langkah dalam memperkasa kerjasama strategik bersama lebih 90 pengasas produk terkenal tempatan melalui Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, program itu dilancarkan pada September 2021 dan melibatkan 31 pengasas produk sedia ada dan 61 pengasas produk berdaftar sebagai rakan kerjasama baharu.

Jelas beliau,program DNA disasarkan kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan masih dalam peringkat ingin memahami selok-belok perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan.

“Justeru penglibatan pengasas produk yang menawarkan pakej dropship memberi impak signifikan dalam membantu peserta memupuk nilai keusahawanan.

“Hasilnya setakat awal Ogos 2022, seramai 3,611 orang peserta telah menjalani Program DNA.

“Manakala seramai 2,344 peserta berjaya dipadankan melalui platform DNA Marketplace bersama 31 pengasas produk sedia ada yang berdaftar,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

Mengulas lanjut, Muhd Firdaus berkata, program DNA turut memberi manfaat kepada pengasas produk di mana mereka diberi kelebihan mengiklankan produk di platform DNA Marketplace.

Jelas beliau, platform itu dibangunkan INSKEN dan akan dilayari oleh bakal dropshipper, selain menjadi rakan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan INSKEN.

“Penglibatan pengasas produk memainkan peranan penting dalam kejayaan program ini kerana peserta akan memilih produk dan pakej dropship yang diminati sejurus tamat program.

“Pengasas produk yang berdaftar adalah bukan calang-calang kerana proses saringan dilakukan terlebih dahulu sebelum maklumat produk dan pakej dropship diiklankan di platform DNA Marketplace,” katanya.

Muhd Firdaus menambah, antara syarat kelayakkan adalah mempunyai pakej dan sistem dropship, tahap ketersediaan sokongan kepada dropshipper dan juga bekalan produk sedia ada untuk dijual.

Katanya, maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan anjuran INSKEN boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: METMalaysia tamatkan nasihat tsunami di perairan Sabah

NASIHAT tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad...

More Articles Like This