Agong, Permaisuri berangkat lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham, United Kingdom (UK) pada Rabu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin berkata kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London selama enam hari bermula 10 Okt hingga Ahad ini.

Menerusi catatan dalam Facebook Istana Negara, Ahmad Fadil berkata pada sesi kunjungan hormat selama 40 minit yang bermula 3 petang waktu tempatan, Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dengan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Stesen Janakuasa Battersea, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London yang dirasmikan oleh baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.

Baca artikel berkaitan: Agong kecewa perkembangan politik, zahir harapan PRU-15 sebelum Monsun Timur Laut

“Keberangkatan Seri Paduka berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III yang kedua-dua pemimpin menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa,” katanya.

Menurut Ahmad Fadil, kunjungan hormat itu yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dengan UK sejak kemerdekaan 65 tahun lepas.

Pada 18 Sept lepas, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi yang dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham.

Sehari selepas itu, Seri Paduka berdua turut berkenan berangkat ke Westminster Abbey bagi menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This