Bakal ditidurkan, Sissy Iman mohon tak tanya ahli keluarga

Dari Penulis

PENYANYI Sissy Imann mendedahkan dirinya akan menjalani prosedur pembedahan dan akan ditidurkan.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil,27, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Sissy turut meminta semua pihak untuk tidak bertanyakan butiran lanjut kepada ahli keluarganya dan turut meminta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti anda semua.

“Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan ya. Hari ini adalah hari penting untuk saya. Saya akan menjalani prosedur di mana saya akan ditidurkan untuk seeketika.

“Saya amat menghargai jasa baik anda jika tidak bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai perkara tersebut. Terima kasih semua kerana memahami,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This