Lelaki bersenjata samun wanita di Kuala Kangsar ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang melakukan jenayah samun bersenjata di kawasan pekan Kuala Kangsar, Perak, ditahan polis pada pukul 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita Melayu yang mendakwa telah disamun oleh seorang lelaki Cina, semalam.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian bernilai RM4,000 akibat insiden tersebut.

“Suspek berjaya ditangkap bersama sebuah motosikal dan barang-barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek telah menggunakan nombor pendaftaran palsu ke atas motosikal yang digunakan.

Omar Bakhtiar berkata, suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Rabu dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah dan dadah.

“Polis percaya suspek adalah individu yang sama terlibat dalam kejadian cubaan samun sebelum ini”.

Katanya, mangsa telah dikesan dan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar bagi siasatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This