SEORANG lelaki dan wanita patah kaki selepas lif yang dinaiki terjatuh dari tingkat 8 di Crescent Court Condominium, Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.52 malam.
Sepasukan 11 anggota daripada balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 20 minit kemudian dan mendapati tiga wanita dua lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca :Lelaki bersenjata samun wanita di Kuala Kangsar ditahan polis
Tambahnya, kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut.
Jelasnya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

