TAPS tambah bekalan air Melaka, elak bergantung kepada negeri lain – Ismail Sabri

Dari Penulis

PELAKSANAAN Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Melaka telah menambah sumber bekalan air mentah negeri, mengelak masalah krisis air dan mengurangkan kebergantungan bekalan tersebut dari negeri-negeri lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek pembinaan TAPS di Melaka ini bagi menyelesaikan isu sumber air mentah yang terhad dengan meneroka sumber air mentah baharu yang terdapat di negeri ini.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kerana berjaya menyiapkan projek pembinaan loji ini yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 Keluarga Malaysia Melaka khususnya di daerah Jasin dan Merlimau,” katanya.

Katanya, pembinaan loji ini menelan belanja sebanyak RM40 juta dan ia adalah satu inisiatif SAMB untuk membantu Kerajaan Negeri dan Keluarga Malaysia di Melaka yang sebelum ini berdepan dengan kemarau sehingga terpaksa mencatu bekalan air pada Januari sehingga Mac tahun 2020.

“Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM350 juta melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pembinaan TAPS Melaka bertempat di Tasik Biru ini bagi menambah sumber bekalan air mentah di seluruh negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 Jasin di Jasin hari ini..

Selain pembinaan TAPS, Ismail Sabri berkata peruntukan RM600 juta telah diluluskan oleh kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bagi projek pembinaan Kolam Dwi-Fungsi di Krubong, Melaka.

Beliau berkata ia adalah projek menaik taraf kolam tebatan banjir sedia ada kepada kolam dwifungsi bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan hilir Sungai Melaka selain berfungsi sebagai kolam simpanan bekalan air mentah sebelum disalurkan ke Empangan Durian Tunggal.

BERITA BERKAITAN Usah pertaruh nasib politik Melayu Islam di Melaka- Mohd Khairuddin

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menyokong semua usaha kerajaan Melaka termasuk dalam menjalankan projek dan kajian bagi meningkatkan sumber air mentah negeri jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ini termasuklah kajian kebolehlaksanaan projek Penyaluran Air Sungai Muar Fasa 3 bagi menampung keperluan Keluarga Malaysia Melaka yang kian meningkat.

“Pelaksanaan projek ini amat penting sejajar dengan perkembangan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara yang menjamin penjanaan pendapatan dan perkembangan ekonomi secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut menyokong usaha Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk meneruskan pelaksanaan panel solar terapung di Loji Rawatan Air Jus Fasa 2 di Empangan Jus, di sini jika usaha di Empangan Durian Tunggal berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata kajian yang diluluskan kerajaan negeri itu berkaitan penggunaan tenaga boleh diperbaharui adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan panel solar terapung atas permukaan air dengan kapasiti 150 megawatt di Empangan Durian Tunggal bagi menjana bekalan elektrik kepada operasi SAMB.

“Pelaksanaan projek penggunaan tenaga solar juga selari dengan hala tuju kerajaan ke arah mencapai Negara Sifar Karbon menjelang 2050,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif bagi projek tenaga boleh diperbaharui yang dirangka oleh SAMB juga dilihat dapat memacu perkembangan teknologi yang baik bagi Melaka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This