Kerajaan sentiasa beri perhatian khusus masyarakat India – PM

Dari Penulis

KERAJAAN sentiasa memberi perhatian khusus kepada masyarakat India, dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Misalnya, beliau berkata dalam Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt lepas, juga meliputi pelbagai inisiatif khusus kepada masyarakat India, seperti RM100 juta bagi pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

“Dahulunya MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, namun kini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, diletakkan di bawah Perdana Menteri sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan ekonomi kaum India di Malaysia.

“Selain itu, peruntukan RM25 juta diberikan bagi Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera hari ini.

Menyentuh aspek pendidikan, Ismail Sabri berkata walaupun tidak dinyatakan secara khusus, peruntukan juga diberikan untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil selain peruntukan tambahan RM5 juta kepada RM25 juta setahun kepada Universiti AIMST, iaitu universiti swasta dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah.

Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri kekal poster boy BN, calon PM – Zahid

Kerajaan, kata Ismail Sabri telah melaksanakan pelbagai latihan untuk menambah kemahiran dan latihan semula yang memanfaatkan 42,544 pelatih kaum India setakat Ogos lepas, dengan nilai latihan berjumlah hampir RM77 juta.

“Bagi penempatan pekerjaan, seramai 68,996 komuniti India telah dibantu sehingga September lepas dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri,” katanya.

Walaupun terdapat peruntukan khusus kepada masyarakat India, Ismail Sabri menegaskan kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum lain, menyaksikan pelbagai sumbangan diberikan kepada semua yang layak, dengan matlamat meringankan beban kewangan rakyat khususnya golongan B40.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada bantuan persekolahan dinaikkan kepada RM150 mulai tahun depan, berbanding RM100 diberikan kepada semua murid serta bantuan RM2,500 untuk isi rumah mempunyai lima anak kepada mereka yang layak dan tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This