Langkawi banjir, paras air Sungai Melaka bahaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARAS air di lembangan Sungai Melaka, Langkawi menunjukkan trend menaik dengan salah satu stesen berada dalam kategori bahaya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam hantaran di Facebook.

Menurut Tuan Ibrahim, stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Langkawi telah mencapai paras setinggi 8.91 meter.

Jelas beliau, paras air di dua lagi stesen Lembangan Sungai Melaka juga berada pada paras amaran.

Tuan Ibrahim berkata, stesen Empangan Padang Saga bagaimanapun mencatatkan trend menurun iaitu setinggi 19.92 meter.

Katanya, satu lagi stesen Lembangan Sungai Melaka di Padang Matsirat merekodkan paras 3.37 meter.

“Hati-hati dan sentiasa berwaspada dengan info penting pihak berkuasa.

“Semoga Allah lindungi kita semua daripada bencana banjir buruk,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Banjir Sabah: 142 mangsa ditempatkan di 4 PPS pagi ini

Tuan Ibrahim turut berkongsi video orang awam yang menyaksikan Langkawi telah pun dilanda banjir.

Dalam hantaran sebelumnya, Tuan Ibrahim turut berkongsi amaran hujan berterusan mencapai tahap waspada di beberapa kawasan di Perlis dan Kedah.

“Kawasan Perlis dan sebahagian kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

“Saya difahamkan beberapa kawasan di utara Semenanjung telah hujan sejak malam dan awal pagi tadi. Beberapa stesen mencatatkan aras air sungai melebihi tahap bahaya.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, stesen hujan di Kuala Nerang, Padang Terap mencatatkan 31.5mm dalam tempoh 1 jam (Amaran).

“Saya doakan agar kita semua dilindungi Allah daripada bencana banjir. Aameen, Insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This